Popular Books
Perpustakaan Hospital Pakar Kanak-Kanak (PHPKK) mula beroperasi pada 1 Ogos 2022, terletak di Aras 3, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Perpustakaan ini ditubuhkan khusus untuk memberikan perkhidmatan maklumat dalam bidang pediatrik kepada warga hospital dan pelajar perubatan. Perpustakaan HPKK boleh memuatkan 76 orang dalam satu-satu masa.