Popular Books

Services


Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan

Semua pelanggan yang mendaftar menjadi ahli perpustakaan adalah layak untuk menggunakan perkhidmatan ini mengikut kategori masing-masing.

 

Pembaharuan Pinjaman Secara Dalam Talian

Pelanggan boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum tamat tempoh pinjaman, tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum di bayar.

 

Tempahan Bahan

Pelanggan boleh menempah bahan melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan dipinjam oleh pelanggan lain.

 

Katalog Awam Dalam Talian

Katalog Awam Dalam Talian (OPAC) yang dikenali sebagai GEMILANG disediakan untuk kemudahan pelanggan mengesan bahan yang terdapat di perpustakaan.  Ia boleh dicapai di http://gemilang.ukm.my.

 

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

Perkhidmatan ini disediakan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran dan pelajar pascasiswazah.  Melalui perkhidmatan ini, perpustakaan akan meminjam bahan yang tidak terdapat di PHPKK daripada perpustakaan lain sama ada di antara perpustakaan cabang di UKM ataupun daripada perpustakaan luar. Bagi perkhidmatan PAP, borang PAP disediakan dan perlu diisi dengan maklumat yang lengkap. Permohonan ini dilakukan secara dalam talian melalui Portal Perpustakaan HCTM PPUKM.

 

Rujukan dan Bimbingan Maklumat

Perkhidmatan ini disediakan di Kaunter Perpustakaan untuk membantu pelanggan menggunakan perpustakaan secara lebih berkesan, mengatasi masalah mendapatkan maklumat/ bahan yang diperlukan, memberi tunjuk ajar menggunakan platform pencarian maklumat yang disediakan oleh perpustakaan dan menjawab segala pertanyaan berkaitan perpustakaan.